5 Cara Komunikasi Dengan Maid Secara Efektif

5 Cara Komunikasi Dengan Maid Secara Efektif




Bayangkan situasi ini, maid baru masuk rumah, majikan beri arahan dengan laju kerana sibuk mengejar masa. Maid hanya mengangguk, nampak faham. Tapi keesokan harinya, arahan dibuat cara lain. Majikan mula rasa kecewa, maid pula jadi takut dan serba salah.

Masalahnya bukan pada niat tetapi pada cara komunikasi.

Komunikasi yang jelas antara majikan dan maid sangat penting untuk memastikan kerja rumah berjalan lancar dan suasana rumah kekal harmoni. Ramai majikan mengalami salah faham bukan kerana maid tidak pandai bekerja tetapi kerana cara komunikasi yang tidak sesuai.

Berikut 5 cara mudah tetapi sangat berkesan untuk berkomunikasi dengan maid:

1. Gunakan Bahasa yang Mudah

Ramai majikan ingat maid tak pandai padahal sebenarnya dia cuma tak faham arahan kita. Contohnya, ada majikan terus cakap, “Nanti lepas vacuum bilik, mop sekali dengan floor cleaner, jangan lupa sengetkan meja tu.

Bagi kita biasa, tapi bagi maid baru, itu terlalu laju. Guna ayat pendek dan satu arahan pada satu masa jauh lebih berkesan.

2. Tunjukkan, Bukan Hanya Cakap

Pernah jadi kes dimana majikan dah explain cara lipat tudung macam mana, tapi maid buat cara lain juga. Bila majikan tunjuk sekali depan mata, dalam 30 saat terus faham dan tak ulang salah lagi.

Maid belajar lebih cepat melalui visual berbanding arahan lisan semata-mata.

3. Ulang dan Sabar

Ramai terlupa maid datang dari rutin negara asal. Ada yang biasa cuci berus gigi sekali dalam bekas air. Ada yang fikir mop lantai hanya guna air kosong.

Bila kita ulang arahan dengan sabar, mindset mereka perlahan-lahan akan ikut cara rumah kita. Bukan sebab degil tapi sebab perlu masa adapt.

4. Dengar dan Tanya Semula

Selepas beri arahan, jangan hanya tanya “faham?”. Kebanyakan maid akan angguk sebab segan, bukan sebab benar-benar faham.

Lebih baik tanya semula dengan lembut “Okay, boleh ulang balik saya cakap tadi?” atau minta dia tunjuk balik. Dari situ kita boleh detect misunderstanding lebih awal.

5. Hargai dan Puji

Ada majikan yang hairan kenapa maid nampak makin semangat dengan mereka, tapi malas dengan majikan sebelum ni. Jawapannya mudah, rasa dihargai.

Cukup sekadar “Thank you” atau “Good job, bagus hari ni” maid akan rasa lebih yakin dan lebih setia untuk jaga rumah kita.


Komunikasi yang baik bukan hanya soal arahan tetapi soal hormat, empati dan kesabaran. Bila majikan dan maid saling faham, rumah jadi lebih tenang, kerja pun lebih mudah.

Jika anda perlukan maid yang sah, terlatih dan boleh dipercayai Almaruf Maid sedia membantu anda dengan proses yang telus dan selamat. 





Popular posts from this blog

From Being Cheated to Becoming a Lifeline — The Story Behind Almaruf Maid

About Almarufmaid

10 reasons why thousands of families trust Almarufmaid