5 Cara Komunikasi Dengan Maid Secara Efektif
5 Cara Komunikasi Dengan Maid Secara Efektif Bayangkan situasi ini, maid baru masuk rumah, majikan beri arahan dengan laju kerana sibuk mengejar masa. Maid hanya mengangguk, nampak faham. Tapi keesokan harinya, arahan dibuat cara lain. Majikan mula rasa kecewa, maid pula jadi takut dan serba salah. Masalahnya bukan pada niat tetapi pada cara komunikasi. Komunikasi yang jelas antara majikan dan maid sangat penting untuk memastikan kerja rumah berjalan lancar dan suasana rumah kekal harmoni. Ramai majikan mengalami salah faham bukan kerana maid tidak pandai bekerja tetapi kerana cara komunikasi yang tidak sesuai. Berikut 5 cara mudah tetapi sangat berkesan untuk berkomunikasi dengan maid: 1. Gunakan Bahasa yang Mudah Ramai majikan ingat maid tak pandai padahal sebenarnya dia cuma tak faham arahan kita . Contohnya, ada majikan terus cakap, “ Nanti lepas vacuum bilik, mop sekali dengan floor cleaner, jangan lupa sengetkan meja tu. ” Bagi kita biasa, tapi bagi maid baru, itu terlalu ...